SEREMBAN: Dua pasangan remaja yang berkelah di air terjun Gunung Berembun di sini, Rabu dirempuh 'kepala air' menyebabkan seorang remaja wanita mati lemas manakala pasangan kekasihnya hilang dihanyutkan arus deras itu.
Mayat Khairulhiza Khairul, 18, dari Mambau ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.30 petang.
Usaha mencari Mohd Rozane Baddarudin, 19, dari Klang yang dihanyutkan 'kepala air' itu masih diteruskan, kata Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Abu Bakar Katain.
Beliau berkata, pasangan itu bersama dua lagi rakan mereka Mohd Halim Shiddik, 19, dan Nurul Faezah Noor, 19, dari Kuala Kubu Baharu ke kawasan air terjun itu untuk berkelah pada pukul 12 tengah hari.
"Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3 petang semasa mereka sedang bersiap untuk balik dan berada di tepi tebing.
"Mereka dirempuh oleh kepala air yang datang secara tiba-tiba selepas hujan di kawasan pergunungan itu...air naik dengan tiba-tiba dengan arus yang kuat menyebabkan dua daripada mereka hanyut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Khairulhiza adalah jurujual di pusat membeli belah Terminal One, di sini manakala tiga lagi remaja terbabit merupakan pelajar Kolej Negeri.
Nurul Faezah berkata mereka datang ke air terjun itu dengan dua buah motosikal.
"Kami sedang berkemas dan hujan turun renyai-renyai. Tiba-tiba datang arus sungai yang kuat dan merempuh tebing. Saya sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada kayu," katanya. - BERNAMA
7 Apr 2011
Pasangan kekasih lemas
SEREMBAN: “Saya terkilan tidak sempat menarik baju yang dipakainya walaupun dia menjerit meminta tolong,” kata seorang pelajar kolej swasta, Nurul Faizah Nor, 19, rakan kepada dua mangsa lemas ketika berkelah di kawasan rekreasi Sungai Gunung Berembun, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa masing-masing pekerja kedai kasut, Khairun Niza Kharul, 18, dari Mambau, dekat sini dan teman lelakinya yang juga pelajar kolej, Mohd Rozane Baddarudin, 19, dari Klang, Selangor ditemui lemas selepas berkelah di situ.
Katanya, mereka berempat datang dari rumah sewa di Seremban Dua, dekat sini, menaiki dua motosikal ke kawasan rekreasi itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari. Menurut Nurul Faizah, ketika kejadian dia bersama tiga rakan itu mandi-manda di kawasan air terjun di kawasan berkenaan sebelum hujan lebat secara tiba-tiba menyebabkan paras air sungai meningkat secara mendadak.
“Kedua-dua rakan lelaki naik terlebih dahulu ke tebing untuk menyelamatkan barangan makanan.
“Namun, saya dan Khairun Niza terus mandi sebelum berasa tidak sedap hati melihat paras air semakin naik dan terus naik ke batu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.
Dia yang masih kelihatan terkejut dan trauma berkata, sebaik berada di atas batu dia menoleh ke arah rakannya itu dan terkejut melihat Khairun Niza terkapai-kapai dan menjerit meminta tolong selepas dihanyutkan arus deras.
Katanya, dia hanya sempat menarik baju Khairun, tetapi terlepas kerana arus deras menariknya dan melihat kejadian cemas itu, Mohd Rozane terus terjun untuk menyelamatkan teman wanitanya. “Dalam keadaan arus deras Mohd Rozane turut lemas dan mujur saya sempat melompat ke atas kayu dan memanjat ke tebing ketika hampir dibawa arus.
“Saya dan teman lelaki,(Mohd Khalim Shiddik, 19) hanya mampu memandang kedua-duanya rakan kami dibawa arus deras,” katanya yang sebak dengan kejadian itu.
Sementara itu, Mohd Khalim berkata dia juga berasa bimbang selepas melihat paras air meningkat dan arus semakin deras disebabkan hujan lebat dan mengajak rakannya untuk balik.
myMetro
7 Apr 2011
Pasangan Kekasih Lemas Di Tapak Perkelahan Gunung Berembun
3:25 PG |
Label:
mati lemas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan