PASIR PUTEH: Seorang bekas pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat komunikasi di Kuala Lumpur maut apabila dirempuh sebuah lori ketika melintas jalan di Jalan Dalam Kemungting-Sri Aman di sini pagi tadi.
Ketua Polis Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata Mohd Farid Che Nordin, 27, dilanggar kira-kira 7.30 pagi dan meninggal di tempat kejadian.
"Mengikut laporan pemandu lori berkenaan, mangsa tiba-tiba melintas dan dia tidak sempat mengelak lorinya lalu merempuh mangsa," katanya.
Lori yang dipandu lelaki berumur 30-an itu datang dari arah Jerteh menghala ke Kota Baharu.
Ibu mangsa, Khadijah Abdul Rahman, 58, berkata anaknya sudah tiga bulan berada di kampung selepas berhenti kerja di Kuala Lumpur kerana mengalami masalah rumah tangga.- BERNAMA
22 Mac 2011
Duda anak satu maut nahas
PASIR PUTEH – Keengganan seorang duda menemani ibunya untuk bersolat Subuh berjemaah di masjid selepas keletihan menunaikan solat Tahajjud dan berzikir di sepertiga malam rupanya menjadi petanda yang dia akan menemui ajalnya semalam.
Mohd. Farid Che Nordin, 27, meninggal dunia apabila dirempuh sebuah lori ketika dia hendak melintas jalan dalam kejadian pukul 7.30 pagi di Kilometer 3.3, Jalan Sri Aman ke lampu isyarat Kemunting di sini.
Bekas pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat komunikasi di Kuala Lumpur itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut ibunya, Khadijah Abdul Rahman, 58, entah mengapa pagi semalam anaknya enggan menemaninya untuk solat Subuh berjemaah di masjid seperti kebiasaannya.
“Mungkin dia keletihan ketika saya mengejutnya kerana pada awal pagi, saya nampak dia sedang solat Tahajjud dan berzikir sebelum terlelap seketika. Sebelum ini dia tidak begitu,” ceritanya di sini semalam.
Kosmo
23 Mac 2011

ANGGOTA polis dan orang ramai mengangkat mayat Mohd. Farid yang maut selepas dirempuh sebuah lori di Pasir Puteh semalam.
PASIR PUTEH – Keengganan seorang duda menemani ibunya untuk bersolat Subuh berjemaah di masjid selepas keletihan menunaikan solat Tahajjud dan berzikir di sepertiga malam rupanya menjadi petanda yang dia akan menemui ajalnya semalam.
Mohd. Farid Che Nordin, 27, meninggal dunia apabila dirempuh sebuah lori ketika dia hendak melintas jalan dalam kejadian pukul 7.30 pagi di Kilometer 3.3, Jalan Sri Aman ke lampu isyarat Kemunting di sini.
Bekas pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat komunikasi di Kuala Lumpur itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut ibunya, Khadijah Abdul Rahman, 58, entah mengapa pagi semalam anaknya enggan menemaninya untuk solat Subuh berjemaah di masjid seperti kebiasaannya.
“Mungkin dia keletihan ketika saya mengejutnya kerana pada awal pagi, saya nampak dia sedang solat Tahajjud dan berzikir sebelum terlelap seketika. Sebelum ini dia tidak begitu,” ceritanya di sini semalam.
Kosmo
23 Mac 2011
‘Andai saya mati dalam nahas’
PASIR PUTEH: “Adakah ayah dan ma (ibu) reda, andai kata saya mati dalam kemalangan jalan raya,” kata Mohd Farid Nordin, 27, berseloroh kepada ayahnya, Nordin Hassan, 57, sebelum terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 3.3, Lebuhraya Taman Seri Aman-Kampung Dalam Kemunting, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Mohd Farid yang berjalan kaki seorang diri dari rumah keluarganya di Kampung Surau maut dilanggar lori yang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Kota Bharu.
Difahamkan kejadian berlaku ketika bekas pegawai perhubungan awam syarikat telekomunikasi di Shah Alam itu, dalam perjalanan ke bandar Pasir Puteh untuk urusan peribadi.
Menurut Nordin, dia yang bersiap untuk pulang ke rumah bersama isterinya, Khadijah Abdul Rahman, 58, tergamam apabila dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa Mohd Farid ketika menuruni anak tangga Masjid Ibrahimi.
“Tiba-tiba ada jiran datang ke masjid memberitahu anak saya meninggal dunia. Bagaikan tidak percaya dengan kejadian itu, kami bergegas ke tempat kejadian melihat keadaan Mohd Farid.
“Pilu hati kami melihat jasadnya terbujur kaku di atas jalan raya sebelum dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh,” katanya.
Menurut Nordin, Mohd Farid biasanya mengikutnya dan isteri menunaikan solat Subuh di Masjid Ibrahimi Pasir Puteh, namun disebabkan keletihan selepas bersolat tahajud dan berzikir, keluarganya meninggalkannya bersolat di rumah.
“Awal pagi tadi (semalam), saya lihat Mohd Farid berzikir dan bertahajud di ruang tamu seorang diri. Memikirkan dia mengantuk kerana berjaga malam, saya dan isteri meninggalkannya di rumah,” katanya.
Menurutnya, Mohd Farid baru bercerai dan berhenti kerja sejak tiga bulan lalu dan pulang ke kampung mencari ketenangan hidup.
“Sejak perceraian itu tingkah lakunya banyak berubah. Mungkin teringatkan keluarganya termasuk anak sulung yang berusia 10 bulan dijaga bekas isterinya di Kuala Lumpur.
“Tingkah lakunya juga banyak berubah dan tidak ceria seperti sebelum ini apatah lagi dia manja dengan ibunya,” katanya.
Menurutnya, dia bersama isteri sedar perubahan sikap Mohd Farid apabila mengeluarkan perkataan berkaitan kemalangan sehingga menyebabkan mereka berdua tergamam dan mengambil pendekatan berdiam diri.
“Dua hari lalu, Mohd Farid tanya ‘kalau saya mati kemalangan, ayah dan mak reda ke?’. Kami berdua terdiam dan tidak sangka dia nak tanya soalan macam tu kerana tidak pernah mengungkapnya sebelum ini. “Mungkin disebabkan tertekan dengan masalah rumah tangga menyebabkan perkataan itu diucapkannya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan, Mohd Kamal Zainal, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan maut menimpa seorang pemuda sebaik dilanggar lori yang dalam perjalanan dari Jerteh ke Kota Bharu.
Katanya, pemandu lori terbabit berasal dari Kampung Beris Pak Abu Besut, membuat aduan ke Balai Polis Pasir Puteh selepas kejadian dan kes disiasat Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
myMetro
23 Mac 2011
0 ulasan:
Catat Ulasan