ARAU: Seorang murid sekolah agama di sini yang juga anak yatim dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan dalam keadaan dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga mangsa koma dalam kejadian tiga hari lalu.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun yang juga warden asrama sekolah agama itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7 malam Khamis lalu selepas mangsa dibawa guru berkenaan ke bilik sebelum dua tangannya diikat dan disoal siasat berhubung insiden kecurian.
Mangsa dikatakan merayu dilepaskan tetapi tidak diendah dengan guru terbabit didakwa terus memukul dan menyoal siasat sehingga kanak-kanak itu diserang sawan dan terus pengsan.
Guru itu yang panik kemudian mendapatkan bantuan rakan setugasnya sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar kira-kira jam 1.40 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi, berkata Saiful Syazani yang tidak sedarkan diri akibat masalah jantung dan pendarahan otak kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pediatrik.
“Sebaik menerima laporan bapa mangsa, polis menggerakkan usaha memburu suspek sebelum lelaki itu menyerah diri di Balai Polis Arau, petang semalam (kelmarin) dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah," katanya.
Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8 malam kelmarin, dia bergegas ke HSB dan terkejut melihat tubuh anaknya penuh kesan lebam dengan muka bengkak dan lebam pada mata kiri serta pipi selain melecet pada tangan kiri.
"Saya kesal dengan apa yang berlaku dan mahu mereka yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan," katanya yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Jitra.
Katanya, Saiful Syazani yang tinggal bersama keluarga angkat di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006, seorang yang pendiam.
Berita Harian
3 Apr 2011
Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun yang juga warden asrama sekolah agama itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7 malam Khamis lalu selepas mangsa dibawa guru berkenaan ke bilik sebelum dua tangannya diikat dan disoal siasat berhubung insiden kecurian.
Mangsa dikatakan merayu dilepaskan tetapi tidak diendah dengan guru terbabit didakwa terus memukul dan menyoal siasat sehingga kanak-kanak itu diserang sawan dan terus pengsan.
Guru itu yang panik kemudian mendapatkan bantuan rakan setugasnya sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar kira-kira jam 1.40 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi, berkata Saiful Syazani yang tidak sedarkan diri akibat masalah jantung dan pendarahan otak kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pediatrik.
“Sebaik menerima laporan bapa mangsa, polis menggerakkan usaha memburu suspek sebelum lelaki itu menyerah diri di Balai Polis Arau, petang semalam (kelmarin) dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah," katanya.
Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8 malam kelmarin, dia bergegas ke HSB dan terkejut melihat tubuh anaknya penuh kesan lebam dengan muka bengkak dan lebam pada mata kiri serta pipi selain melecet pada tangan kiri.
"Saya kesal dengan apa yang berlaku dan mahu mereka yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan," katanya yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Jitra.
Katanya, Saiful Syazani yang tinggal bersama keluarga angkat di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006, seorang yang pendiam.
Berita Harian
3 Apr 2011
Pelajar dipukul hampir dua jam
PARAH... keadaan Saiful Syazani yang parah akibat dipukul gurunya, Khamis lalu.
ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.
Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.
Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.
Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.
Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah.
“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB.
“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri.
“Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam.
Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri.
Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.
“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.
Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini.
“Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,” katanya.
Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
myMetro
3 Apr 2011
Murid dipukul penyelia asrama meninggal dunia
ALOR SETAR – Seorang murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas.
Jenayahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.
"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar,” katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.
Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.
"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup,” katanya.
"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami,” tambahnya.
Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.
"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu,” katanya.
Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang.
Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat. - Bernama
3 Apr 2011
Murid agama dibelasah guru meninggal
SAIFUL SYAZANI meninggal selepas tiga hari koma di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam. Gambar kecil, Saiful Sopfidee
Mangsa koma tiga hari akibat alami pendarahan dalaman
KANGAR: Murid Tahun Satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, yang koma sejak tiga hari lalu selepas dibelasah gurunya, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam.
Mangsa yang juga anak yatim, menghembuskan nafas terakhir jam 8.30 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung akibat kejadian terbabit yang berlaku di bilik asrama sekolah agama itu, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, berkata murid berkenaan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pediatrik HSB dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman mati.
Katanya, polis akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian terbabit, apatah lagi ia membabitkan kematian.
“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan sambung bagi tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.
Difahamkan, punca kejadian mangsa dibelasah dengan teruk kerana didakwa mencuri wang RM7 milik rakan sekelas.
Akhbar semalam melaporkan Saiful Syazani yang juga anak yatim dibelasah dengan kejam oleh gurunya dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Khamis lalu.
Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri hingga menimbulkan kemarahan guru berkenaan yang memukulnya tanpa belas kasihan.
Selepas memukul kepala, suspek dikatakan ‘naik minyak’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama mangsa mengalami masalah pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.
Suspek juga dikatakan sempat bersolat hajat selepas dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan mangsa.
Guru terbabit yang juga warden asrama sekolah itu menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, jam 8 malam hari kejadian.
Sementara itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman, berkata pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan pihak polis.
"Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek yang juga guru sekolah ini tamat nanti," katanya.
Dalam pada itu, Saiful Sopfidee berkata, jenazah mangsa yang juga anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, Jahiyah Che Amat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduk, di sini, selepas solat Maghrib, semalam.
Beliau berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.
Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika mengulas kejadian itu berkata, pihaknya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan.
Berita Harian
4 Apr 2011
Cikgu ambil nyawa
KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.
Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.
Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.
ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.
“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.
Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.
Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.
Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.
Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.
Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.
“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.
“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.
“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.
Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.
myMetro
4 Apr 2011
Saiful Syazani dikebumikan
KANGAR – Jenazah kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana disyaki didera warden asrama Sekolah Rendah Islam Al Furqan Perlis, selamat dikebumikan semalam.
Jenazah Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar kira-kira jam 7.45 petang selepas disembahyangkan di Masjid Jejawi dekat sini.
Lebih 50 penduduk dan rakan menunggu di tanah perkuburan itu sebagai memberi penghormatan terakhir selain mengucapkan takziah kepada ahli keluarga terutama bapa arwah, Saiful Sopfidee Marzuki, 34.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah Rendah Islam Al-Furqan Perlis, Rus’sele Eizan ketika dihubungi berkata, warden yang dikaitkan dengan kes mendera Saiful Syazani sehingga mati adalah seorang ustaz yang sangat baik.
Beliau berkata, pihaknya merasakan kejadian itu sesuatu yang tidak dijangka kerana tujuan utama ustaz berumur 20 an dan berasal dari Perak itu hanyalah untuk mendidik.
“Ustaz yang disabitkan itu adalah seorang ustaz yang sangat baik dan kita percaya perkara tersebut berlaku tanpa disengajakan dan tujuan utama beliau adalah untuk mendidik,” katanya.
Rus’ele yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat bagaimanapun enggan memberi komen lanjut berkaitan kes itu kerana memandangkan kes berkenaan sudah menjadi kes polis.
“Kes ini sudah jadi kes polis, jadi saya tidak mahu memberi komen lanjut. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan lebih terperinci,” katanya.
Sinar Harian
4 Apr 2011
Kematian Saiful: Ustaz akui gagal kawal emosi
KANGAR – Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau dekat sini sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf di atas perbuatannya baru-baru ini.
Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.
Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.
“Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia.
“Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik,” katanya.
Kosmo
5 Apr 2011
‘Ini jenayah serius’
KUALA LUMPUR: “Kita memandang serius kejadian menimpa murid berkenaan, biarpun sekolah terbabit bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran mengulas mengenai kejadian murid tahun satu sekolah agama persendirian di Arau, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, meninggal dunia selepas koma tiga hari akibat dibelasah guru yang juga warden asrama.
“Kejadian ini disifatkan sebagai jenayah serius dan tiada sesiapa boleh dikecualikan daripada dikenakan tindakan undang-undang.
“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan sewajarnya.
“Kejadian ini secara tidak langsung membabitkan kementerian, seharusnya terdapat guru disiplin yang dilantik bagi menguruskan hal sebegini,” katanya
myMetro
5 Apr 2011
Pas mohon maaf kematian Saiful Syazani
KANGAR - Pas Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun dua hari lalu yang dikaitkan dengan tindakan seorang ustaz yang menghukum pelajar terbabit berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.
Pesuruhjaya Pas Perlis Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada kaum guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika sedang menyiasat kes kecurian.
"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis hari ini.
Hashim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang berkata, Pas Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan terperinci bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak berkaitan.
Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus'sele Eizan berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.
Ketua UMNO Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.
"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi," katanya.
Sinar Harian
5 apr 2011
Pendarahan otak punca murid mati
PAS mohon maaf, pastikan sekolah dikelola dengan baik
KANGAR: Kematian murid sekolah agama persendirian di Jejawi dekat sini, Ahad lalu, disahkan berpunca daripada 'hypoxic seculae' atau kekurangan oksigen pada otak disebabkan tekanan benda lembut pada leher.
Keputusan itu dicapai pakar patologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, berdasarkan hasil bedah siasat dilakukan ke atas mayat Saiful Syazani Saiful Sapfidee.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, berkata tekanan pada leher mangsa menyebabkan kekurangan oksigen dalam otak yang turut menyebabkan pendarahan.
Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah.
Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman.
Nashir berkata, kertas siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sudah selesai dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Semalam, tempoh tahanan reman guru berusia 26 tahun dilanjut tujuh hari lagi hingga Isnin depan.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kematian pelajar berkenaan di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti berkenaan.
Katanya, insiden menimpa Saiful Syazani bukan mencerminkan wajah keseluruhan sekolah dikelolakan PAS, sebaliknya ia dianggap kes terpencil yang mengejutkan.
“Kami merakam dukacita yang amat sangat atas peristiwa itu dan mengucap takziah serta memohon maaf kepada anggota keluarga mangsa, selain rasa simpati kepada guru asrama berkenaan.
"Kejadian ini amat memeranjatkan kami selepas lebih 25 tahun mengelola sekolah itu dan akan mengambil langkah bagi memastikan semua sekolah beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kepada Timbalan Perdana Menteri bahawa kes berkenaan akan disiasat dengan telus dan terperinci.
Hishammuddin berkata, beliau faham akan kebimbangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran apabila ada kes sebegitu sehingga menyebabkan kematian.
"Saya faham sentimen beliau (Muhyiddin) kerana saya juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran dan ketika inilah pelbagai pertanyaan muncul dalam hati kita.
"Saya sudah mengarahkan polis menyiasat, dan ia akan disiasat sebagai kes jenayah bunuh dan semua yang terbabit akan didakwa selepas siasatan selesai,” katanya.
Berita Harian
6 Apr 2011
Reman disambung enam hari lagi
MALU...suspek dibawa ke mahkamah, semalam.
KANGAR: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, menyambung tempoh reman ke atas seorang guru lelaki selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang murid berusia tujuh tahun akibat didera, Ahad lalu.
Perintah berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kangar, Monica Joseph terhadap suspek berusia 26 tahun bermula semalam hingga Isnin depan.
Guru terbabit yang bekerja sebagai penyelia asrama sekolah berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, di sini, bagi membantu siasatan.
Sebelum itu, pekarangan Mahkamah Kangar dipenuhi wartawan dan rakan suspek sebelum lelaki itu yang memakai baju lokap warna ungu tiba dengan kenderaan polis kira-kira jam 9 pagi.
Lelaki terbabit meninggalkan mahkamah kira-kira jam 10.45 pagi.
Dalam kejadian Khamis lalu, guru terbabit bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.
Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan disahkan meninggal dunia pada jam 8.50 pagi Ahad lalu.
Suspek ditahan polis selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar.
myMetro
6 Apr 2011
0 ulasan:
Catat Ulasan