BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Permatang Nibong dekat sini hari ini.
Mohamed Irfan Abdul Rashid, 5, rentung kira-kira 70 peratus dan mayatnya ditemui di tingkat bawah rumah dua tingkat berkenaan dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira 11.55 pagi.
"Anggota kami menemui mayat kanak-kanak itu di dalam bilik di bahagian bawah rumah. Mayatnya dipercayai terjatuh daripada bahagian atas rumah yang hangus itu," kata Ketua Balai Bomba Bandar Perda, Hadzi Mohamad Yusuff.
Mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya.
Ibu mangsa, Nur Amalina Mat Ariffin, 25, berkata, ketika kejadian dia sedang memasak apabila ternampak api di bahagian atas rumah sebelum menjerit memanggil anaknya yang sedang bermain berseorangan di bahagian atas rumah.
"Pada masa yang sama bapa saya cuba menyelamatkan Irfan tapi gagal apabila api semakin marak dan dia sendiri disambar api," katanya mengenai tindakan bapanya Mat Ariffin Hassan, 61, bagi menyelamatkan cucunya itu.
Suaminya Abdul Rashid Ismail sedang berada di sawah.
"Pada masa kejadian, anak sulung saya Nur Afiqah, 7, telah ke sekolah manakala adik bongsunya, Mohamad Ikmal, 3, dibawa berjalan oleh adik ipar saya.
Kalau tidak mungkin perkara lebih buruk akan berlaku," kata Nur Amalina.
Pihak bomba yang menghantar lima buah jentera beserta 25 anggota bagi memadam kebakaran belum mengenal pasti puncanya.
Sinar Harian
3 Apr 2011
Mohamed Irfan Abdul Rashid, 5, rentung kira-kira 70 peratus dan mayatnya ditemui di tingkat bawah rumah dua tingkat berkenaan dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira 11.55 pagi.
"Anggota kami menemui mayat kanak-kanak itu di dalam bilik di bahagian bawah rumah. Mayatnya dipercayai terjatuh daripada bahagian atas rumah yang hangus itu," kata Ketua Balai Bomba Bandar Perda, Hadzi Mohamad Yusuff.
Mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya.
Ibu mangsa, Nur Amalina Mat Ariffin, 25, berkata, ketika kejadian dia sedang memasak apabila ternampak api di bahagian atas rumah sebelum menjerit memanggil anaknya yang sedang bermain berseorangan di bahagian atas rumah.
"Pada masa yang sama bapa saya cuba menyelamatkan Irfan tapi gagal apabila api semakin marak dan dia sendiri disambar api," katanya mengenai tindakan bapanya Mat Ariffin Hassan, 61, bagi menyelamatkan cucunya itu.
Suaminya Abdul Rashid Ismail sedang berada di sawah.
"Pada masa kejadian, anak sulung saya Nur Afiqah, 7, telah ke sekolah manakala adik bongsunya, Mohamad Ikmal, 3, dibawa berjalan oleh adik ipar saya.
Kalau tidak mungkin perkara lebih buruk akan berlaku," kata Nur Amalina.
Pihak bomba yang menghantar lima buah jentera beserta 25 anggota bagi memadam kebakaran belum mengenal pasti puncanya.
Sinar Harian
3 Apr 2011
Jeritan pilu sebelum rentung
ABDUL RASHID (kiri) mengiringi jenazah anaknya ketika hendak dibawa ke hospital untuk bedah siasat dengan kenderaan polis.
BUKIT MERTAJAM - Pilu hati seorang ibu apabila tidak mampu berbuat apa-apa tatkala mendengar jeritan anaknya meminta tolong sebelum kanak-kanak itu ditemui rentung dalam rumahnya yang terbakar di Kampung Permatang Nibong, di sini semalam.
Kejadian pukul 11.55 pagi itu menyebabkan Mohamad Irfan Abd. Rashid, 5, rentung separuh badan dalam kebakaran tersebut. Ketika kejadian, anak kedua daripada tiga beradik itu sedang bermain seorang diri di dalam bilik di tingkat atas.
Menceritakan detik cemas itu, ibu mangsa, Nor Amalina Mat Ariffin, 25, memberitahu, ketika kejadian dia sedang memasak di dapur manakala dua lagi anaknya, Nor Atikah, 7, pergi ke sekolah dan anak bongsunya, Mohamad Ikmal, 3, bersama adik iparnya di rumah jiran.
Katanya, suaminya, Abdul Rashid Ismail, 31, pula keluar bekerja di sawah berdekatan.
"Ketika memasak, saya nampak api di tingkat atas rumah lalu memanggil Mohamad Irfan. Saya cuba naik untuk menyelamatkannya tetapi api sangat marak.
"Ekoran itu, Irfan terperangkap dan saya turut mendengar suaranya meminta tolong dan ia sangat memilukan," ceritanya di sini semalam.
Kosmo
4 Apr 2011
Ibu terkilan jeritan gagal selamat anak rentung
Berubah sikap tidur awal tak tunggu bapa seperti biasa
BUKIT MERTAJAM: Hancur hati seorang ibu apabila gagal menyelamatkan anak lelakinya berusia lima tahun yang rentung dalam kebakaran rumah mereka di Permatang Nibong di sini, semalam.
Ketika kejadian jam 11.55 pagi itu, Noramalina Mat Ariffin, 25, sedang memasak, manakala anaknya, Mohammad Irfan Abd Rashid (bawah kecil), bermain di tingkat atas rumah. Dua lagi anaknya serta suami, Abd Rashid Ismail, 31, tiada di rumah.
Noramalina terdengar bunyi api marak di tingkat atas dan menjerit meminta anaknya segera turun. Bagaimanapun, anak kedua daripada tiga beradik itu tidak kelihatan.
“Saya cuba naik untuk menyelamatkannya tetapi gagal kerana api marak dengan cepat. Bapa saya (Mat Ariffin Hassan, 62) juga cuba membantu tetapi turut gagal,” katanya yang teresak-esak menahan kesedihan.
Mayat Mohammad Irfan yang rentung 70 peratus ditemui dalam bilik di tingkat bawah rumah, dipercayai terjatuh akibat lantai rumah tingkat atas terbakar.
Mat Ariffin turut cedera ringan di badan dan tangan ketika cuba menyelamatkan cucunya.
Noramalina yang mahu melihat mayat anaknya sebaik ditemui dihalang ahli keluarga dan jiran.
Sementara itu, Abd Rashid berkata, anaknya bagaimanapun menunjukkan perubahan sikap malam kelmarin apabila tidur lebih awal, berbanding kelazimannya.
“Malam tadi (malam kelmarin) dia tidur jam 10 malam, biasanya dia tunggu saya balik untuk tidur bersama. Tidak kira jika saya balik jam 2 pagi pun dia akan tunggu,” kata pesawah itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, melawat keluarga mangsa dan menghulurkan bantuan segera.
Berita Harian
4 Apr 2011
Sebak lihat api mamah anak
KEPALA BATAS: “Anak aku ya Allah...anak aku ya Allah!” Hanya itu perkataan terhambur daripada bibir seorang ibu yang kehilangan anak lelakinya dalam kebakaran sebuah rumah papan dua tingkat di Permatang Nibong, dekat sini, semalam.
Noramalina Mat Ariffin, 25, tidak dapat menahan kesedihan dengan tragedi yang meragut nyawa anak keduanya, Mohammad Irfan Abdul Rashid, 5, sehingga terpaksa ditenangkan jiran.
Mayat Mohammad Irfan ditemui dalam keadaan 70 peratus rentung di dalam bilik di tingkat bawah rumah mereka selepas anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran.
USUNG...anggota bomba mengusung jenazah Mohammad Irfan, semalam.
Sebelum kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, hanya Noramalina dan anak lelakinya itu berada di rumah, manakala suaminya, Abdul Rashid Ismail, 31, pergi ke sawah.
Dua lagi anak pasangan itu, Norafikah, 7, berada di sekolah agama manakala anak bongsu, Mohammad Ikmal, 3, dibawa saudara mereka ke kedai berhampiran.
Noramalina berkata, sebelum kejadian, dia memasak dan Mohammad Irfan bermain di tingkat atas rumah papan dua tingkat itu seorang diri.
“Saya menyedari tingkat atas rumah terbakar dan menjerit memanggil Irfan, tapi dia tidak turun. Saya cuba naik, tapi gagal kerana api marak cepat menyebabkan saya keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.
Difahamkan, bapa Noramalina, Mat Ariffin Hassan, 62, yang pulang ke rumah sejurus diberitahu kejadian itu cuba masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan Mohammad Irfan, tetapi gagal, malah dia cedera di badan dan tangan.
Sementara itu, Abdul Rashid berkata, Mohammad Irfan sering tidur lewat kerana menunggunya pulang untuk tidur bersama, tetapi pada malam kelmarin, anak keduanya itu tidur lebih awal.
“Selalunya dia tidur lewat kerana tunggu saya pulang sampai jam 2 pagi, tetapi pada malam kelmarin, jam 10 malam dia sudah tidur. Tak sangka itu petanda kami akan kehilangannya,” katanya yang ditenangkan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh turut melawat dan menghulurkan sumbangan bencana alam RM1,000 kepada mangsa.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda, Hadzi Mohamed Yusoff, berkata tiga jentera masing-masing satu dari Bandar Perda, Prai dan Bukit Mertajam dengan 35 anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 11.59 pagi.
Menurutnya, selepas api dikawal lima minit kemudian, pihaknya menemui mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan 70 peratus rentung.
“Selain mangsa, seorang warga emas juga cedera pada anggota badan dan tangan ketika cuba menyelamatkan mangsa,” katanya.
myMetro
4 Apr 2011
‘Abang dah mati?’
BUKIT MERTAJAM: “Anak bongsu saya sering bertanya ‘abang dah mati ke, abang dah mati ke,” kata Abdul Rashid Ismail, 31, bapa Mohammad Irfan, 5, yang maut dalam kebakaran rumah di Permatang Nibong, dekat sini, kelmarin.
Abdul Rashid berkata, anak bongsunya, Mohammad Ikmal, 3, rapat dengan arwah dan mereka sering mandi serta bermain bersama.
“Arwah rapat dengan Mohammad Ikmal dan akan mengajak adiknya setiap kali dia mahu mandi.
“Mereka sering bermain bersama di tingkat atas, tetapi kelmarin, arwah bermain seorang. Jika tidak, saya tak tahu apa akan berlaku,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi kelmarin, Mohammad Irfan ditemui rentung 70 peratus dalam bilik di tingkat bawah selepas gagal menyelamatkan diri ketika kebakaran yang bermula di tingkat atas rumah.
Ketika kejadian, ibunya, Noramalina Mat Ariffin, 25, memasak di dapur, manakala anak sulung mereka, Norafikah, 7, ke kelas Fardu Ain tidak jauh dari rumah.
Noramalina yang menyedari tingkat atas rumahnya disambar api cuba menyelamatkan Mohammad Irfan, namun gagal berikutan api marak cepat.
Malah, bapanya, Mat Ariffin Hassan, 62, yang baru pulang ke rumah turut cuba menyelamatkan Mohammad Irfan, namun gagal selain dia cedera anggota badan dan tangan.
Abdul Rashid berkata, Mohammad Ikmal menangis setiap kali melihat dia dan isteri menangis apabila ditanya mengenai ketiadaan arwah.
Sementara itu, keluarga berkenaan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM500, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah menghulurkan RM300 selain sumbangan penduduk kampung.
myMetro
5 Apr 2011
0 ulasan:
Catat Ulasan