RSS
Post Icon

inilah luahan hatiku- putra

luahan hati ini telah lama kusimpan didalam diariku
by putra 




kasih...cinta kita bagaikan sang suria yang selalu memberikan cahaya di hari-hari yang kita jalani bersama.. begitu banyak yang membuat aku senang hari ini. apa ertinya hidup ?? hidup adalah cinta. apa ertinya cinta ?? cinta adalah kasih sayang. apa ertinya kasih sayang ?? datanglah kemari biar aku tunjukkan kepadamu betapa hangatnya cintaku....!!


apabila datangnya hujan ia selalu mengingatkan aku akan hal itu,tapi di saat ku genggam butiran hujan di tanganku, ku sedar dia telah pergi jauh...
ku kan hapuskan dirimu dari buku memori cinta. tidak usah kau menyesal, ku hanya dapat katakan SELAMAT TINGGAL !


luka batinku tak terasa lagi. ku terdiam dalam balutan sepi. ku cuba lupakan semua kata indahmu. biarlah kita tetap sedari adanya perbezaan ini. bingkai retak takkan pulih,tanpa cinta dan jati diri. biarlah kita berpisah. biarkan waktu yang menyembuhkan semua luka.


hempaskan sayapku, ku cuba menggapai. tapi cerita kita rasanya tetap tak mungkin dapat bertahan. siapa yang tertawa ?? siapa yang menangis ?? siapa yang peduli ?? siapa yang memalingkan muka ?? siapa yang mengkhianati cinta ?? mengapa harus dirimu ??


belajarlah dari masa lalu. hiduplah untuk hari ini dan berharaplah untuk  esok hari. itulah jati diri dan kehidupan. selalu kusedari tak kembali. namun erti cinta ini menetap didalam hati. bila ku datang dan tak lagi seorang diri, janganlah kau mencari cinta yang telah lama pergi.....


diriku... dirimu... hatiku... hatimu...
nafasku...nafasmu... pikiranku...pikiranmu....
semuanya tetap ada,tapi telah terpisah jauh......


ku yang menanti tanpa dia peduli. ku yang mengharap tanpa dia mengerti. ku mencintai tanpa dia sedari. aku ini kekasih yang tertusuk panah luka.... aku tahu kerana pikirkan kamu telah membuat aku patah hati. tapi aku sudah tahu permainanmu dari awal lagi. aku juga membuatkanmu rasa sakit hati dengan segala pekataanku agar kau pergi meninggalkanku...


mungkin bagimu aku hanyalah tinggal kenangan. tapi bagiku rasa cintaku padamu tak pernah padam. selalu kunyalakan untukmu di setiap malam. entah sampai bila aku kuat menahan luka hati ini ?? kesepian terendam dalam hatiku.masa lalu mengoyakkan raga dan hembusan nafas. ingkari semua rasa sedih ini, MAHUKAH KAU KEMBALI ??



sepi yang ku rasakan menemani resahnya hatiku, kisah yang telah hilang entah kenapa baru kau sedari !
sesak lagi hati ini, ingatkan banyak hal yang terjadi dalam hidupku, musnahkan penat diri, ku mohon lupakan aku !


kenapa hati selalu menyayat pedih dalam jiwa ?? ku cuba tersenyum dalam setiap penderitaan jiwa.. cinta,sayang,rasa peduli,aku merindui semua itu ! cinta yang tak kesampaian adalah cinta yang MULIA. perasaan itu tak akan hilang kerana ITU ADALAH AWAL DARI CINTA SEJATI..!!!


kenapa aku selalu menoleh ke pintu itu ?? sedangkan banyak lagi pintu lain menunggu untuk dibuka. aku tak mahu menambah panjang rasa sakit hatiku, apalagi orang yang ku sakiti. 
langkahku yang telah terhenti dibisunya oleh cintamu, pilihlah yang terbaik atau kita sudahi saja semua ini.ku berhenti mencari semua erti hati, ku akan pergi jauh menetapkan mimpi. bila esok tiba ,mungkin ku tak disini lagi... walau hati ini menjerit pedih kerana cinta, hidup ini masih perlu di teruskan.....


cinta tak harus memiliki tidak juga dimiliki. meski pun aku tidak memiliki dirimu tapi setidaknya engkau pernah membahagiakan diriku. TERIMA KASIH.!
aku ingin dia malam ini,lenyap tak berbekas,lelah diriku untuk mencari sebuah bimbang yang berbias,aku masih saja sendiri..


sampai detik ini kutahu dirimu masih menyimpan rasa . aku telah sakiti hatimu, kau pun telah kecewakanku, ku rasa sama saja...
meski pun cinta kita tak dapat bersatu. yakinlah suatu saat nanti kita akan dapat bersatu kembali dan cinta kita akan tetap abadi untuk selamanya.....


masihkah ada jalan tanpa diri yang menangis ?? masihkah datang bulan tanpa bintang yang berbaris ?? AKU TAK BOLEH MELUPAKANMU !!
TIDAK ! tapi aku masih teringat lagi.. 
JANGAN ! tapi aku masih mencintai lagi..
PERGI ! tapi ku harap kau datang lagi... betapa kuat diriku terluka ?? sedarkah hatimu ??


indahnya dunia ini  tak terasa lagi.dalam derita aku cuba terdiam. aku lelah dalam cinta ini..!! gurisan luka di hati ini seperti belum sembuh benar. akankah keputusan ini dimaafkan ?? aku cuba untuk tegar !! ini datang dari hatiku.. 
kau telah memilih dia, diriku hampa. apakah selamanya cinta harus memberi ?? bukankah kita dilahirkan untuk berbahagia ?? benarkah diriku yang tak mampu ataukah engkau yang tak pernah menginginkan aku ??


mungkin kau tak lupa bahawa aku pernah jatuh cinta.. 
mungkin kau tak lupa bahawa aku pernah patah hati..
mungkin kau tak lupa bahawa kau tak pernah tahu kepada siapa aku jatuh cinta dan patah hati.
mungkin kau perlu tahu bahawa aku jatuh cinta dan patah hati padamu.....


ku katakan apa yang ku rasa, ternyata aku masih sayangkan dia !!
tak ada gunanya mengulangi semua kata andainya ternyata kau tak pernah berubah. meski pun berat lebih baik kita berpisah...
jika suatu hari nanti, setelah lelah kau mencari banyak hati tapi masih belum menemukan orang yang tepat... MASIH BELUM TERLAMBAT... AKU TETAP MENUNGGUMU !!


jarang sekali kupinta perkataan ini padamu, cuma hari ini ku ucapkan MAAFKAN AKU SAYANG..!! 
AKU MENCINTAIMU SELALU...!! 






ikhlas luahan hati dariku untukmu~


                     ~putra~
11hb okt 2010/ 10:22:42 pm


ps: maafkan aku jika sesiapa membacanya terasa hati, inilah luahan hati kecilku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

KISAH SANA SINI...: JANJI TINGGAL JANJI.. SEJAUH MANAKAH JANJI ANDA..?...

KISAH SANA SINI...: JANJI TINGGAL JANJI.. SEJAUH MANAKAH JANJI ANDA..?...: " JANJI TINGGAL JANJI &nbs..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

JANJI TINGGAL JANJI.. SEJAUH MANAKAH JANJI ANDA..?????!!

                        JANJI TINGGAL JANJI
                                                         BY putra




bila kita sebut jer janji tentu kita teringat waktu kita berjanji pada si kekasih yg kita akan tetap setia walaupun apa yang berlaku.. hari ni aku nak kongsi cerita tentang JANJI TINGGAL JANJI. korang pun pernah berjanjikan pada awek2 atau pakwe2 korangkan.?? adakah korang setia dan ikhlas tak pada janji korang tuh..??? kalau ikhlas Alhamdulilah beruntunglah awekz2 dan pakwe2 korang..hehehehehe


baiklah maksud janji ni ialah mengotakan apa yang korang janjikan pada si dia dulu dan harus ditunaikan. jika korang tak tunaikan korang telah  memungkiri janji yang korang buat dan apa yang lebih terseksa lagi pakwe2/awekz2 korang pasti terluka apabila kekasihnya hanya berjanji kosong tak ubah seperti tin kosong bunyi jer kuat tapi di dalamnya kosong..


mengikut pengalaman aku bercintalah pernah juga aku di tipu oleh awekz aku.hehehe
tapi tak apalah aku pun bukan manusia yang sempurna segala-galanya. tetapi ada hadnya jika ingin berjanji ni bukan tak boleh. kadang-kadang bila kita berjanji misalnya kita buat temujanji dengan awekz/pakwe ada sahaja halangannya,boleh kita batalkan asalkan kita jujur berterus terang dan sidia pun akan faham akan keadaan kita..


ok itu tadi bab kalau ada temujanji..bab yg kedua pula jika kita berjanji dengan pasangan kita tapi kita mungkiri janji sebagai contoh: " i tak tahu macam mana nak cakap u hadir tepat pada masanya bila i memerlukan seseorang bila i dalam kesedihan dan i berjanji i akan setia pada u dan i terima diri u seadanya.........." tahu tak korang tindakan korang tu akan melukakan hati dan perasaan sidia apabila u tidak mengotakan janji yang telah u buat..???  kita akan beri alasan mudah jer nak tinggalkan sidia sebagai contoh: u, i nak bincang cikit nih dengan u boleh tak..?? boleh, apa dia tu..?? boleh tak hubungan kita anggap sebagai kawan dulu..?? sebab i tak pasti tindakan i nih betul atau tak... kenapa u cakap macam tu..?? sedangkan dulu u dah berJANJI akan SETIA dan akan MENERIMA diri I SEADANYA...??? maafkan i TAK BERMAKSUD NAK LUKAKAN HATI U. tapi hati i pada orang lain. macam i nak terima u kalau hati i pada orang lain..??? kenapa baru sekarang u cakap macam nih??? u ingat i nih apa?? nak ambil tak nak buang macam tu ajer??? sampainya hati u buat i macam nih yg sayangkan u dengan sepenuh hati i... tergamak u buat i macam nih.. jika u tak bermaksud nak lukakan hati i kenapa u sanggup berjanji dulu..?????! i minta maaf sangat-sangat...:-)


korang tengoklah kenapa teganya pena merah tu buat kat pena biru hanya kerana cinta yang baru berputik tuh... tidak mustahil akhirnya nanti orang yang dia cinta tuh akan buat balik pada dia setelah apa yang dia buat pada pena biru tuh.. Allah tuh maha adil yang Maha melihat segala gerak-geri kita semua..
bila kita perhatikan dari dialog tadi nyatalah pena biru benar-benar jujur,ikhlas dan setia menerima diri pena merah seadanya tetapi pena merah buta hatinya..!! tak apalah pena biru mungkin belum bertemu jodoh yang sesuai tuh...
korang rasa2 mungkinkah akan bertaut kembali cinta mereka...???? hehehehehe..
ha,jawab...jawab..jawab..???? hehehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Jenayah rasuah akan diperangi habis-habisan..!!

KUALA LUMPUR 12 April - Kerajaan cukup yakin bahawa jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini mampu diperangi habis-habisan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada pelbagai usaha yang sudah dan bakal dilaksanakan kerajaan bagi menangani jenayah tersebut di segenap peringkat dalam pelbagai sektor sama ada awam mahu pun swasta.
Katanya, antara langkah yang telah dilaksanakan adalah menubuhkan Unit Pematuhan; mewujudkan pangkalan data pesalah rasuah; mewujudkan Akta Perlindungan Saksi serta menyenarai usaha memerangi rasuah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).



"Segala inisiatif ini telah meletakkan Malaysia pada landasan yang betul dalam usaha kita untuk memerangi jenayah rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.
"Ini tentu sekali akan meningkatkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap kemampuan Malaysia untuk bebas daripada amalan rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penutup pertandingan pidato Piala Menteri Pelajaran antara Institut Pendidikan Guru (IPG) anjuran Institut Integriti Malaysia, di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud dan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.
Pada majlis itu, penuntut dari IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Faizal Sanek muncul johan dan sekali gus, membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, sijil serta piala.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengakui segala inisiatif yang dilaksanakan kerajaan tidak akan membawa kejayaan seperti diharapkan jika, tidak mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
Oleh itu jelas beliau, gerakan bagi memantapkan pembudayaan integriti perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan terinancang bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat kepimpinan atas dalam setiap sektor di negara ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Tindakan pantas polis gagalkan peragut berijazah...!!!


TELUK INTAN 12 April - Tindakan pantas dan berani dua anggota polis berjaya menggagalkan percubaan seorang lelaki meragut seorang wanita di Jalan Sultan Abdullah semalam.
Kedua-dua anggota polis yang ketika itu sedang meronda menaiki motosikal terus mengejar suspek sebaik sahaja mendengar jeritan mangsa.
Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Ismail dari Taman Desa Bakti, dekat sini memberitahu, dia baru keluar dari sebuah kedai runcit apabila melihat tiga motosikal ditunggang laju seperti sedang berlumba.
"Saya ingatkan mat rempit tetapi setelah melihat salah seorang daripada lelaki berkenaan memakai pakaian seragam polis, baru saya sedar polis sedang menangkap penjenayah," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Menurutnya, suspek berjaya ditahan polis selepas terjatuh ketika melalui satu selekoh.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek berusia 34 tahun itu telah membuang beg yang diragut sebaik sahaja menyedari dikejar polis.
"Suspek berjaya diberkas selepas jatuh di selekoh berhampiran Kampung Banjar. Sebelum itu, dia telah membahayakan pengguna yang melalui Jalan Sultan Abdullah, Jalan Maharaja-Lela dan Jalan Kampung Banjar dan Jalan Changkat Jong," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau menambah, hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui beberapa keping kad pengenalan dipercayai milik mangsa ragut, alat menghisap syabu, pemutar skru, wayar kabel komputer dan pemacu cakera.
Menurutnya, suspek yang berasal dari Jalan Maharaja-Lela dekat sini dan positif dadah itu dipercayai telah melakukan lebih 13 jenayah ragut.
Katanya, suspek yang juga pemegang ijazah kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah ragut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

pembuangan bayi yang paling serius khasnya masyarakat melayu

Menangani gejala sosial generasi muda

BERITA pembuangan bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di depan tempat tumpuan awam bukanlah isu baru. Isu ini kembali mendapat tempat di beberapa media massa setelah lama tidak kedengaran kes-kes sedemikian rupa.
Apa yang membimbangkan ialah bilangan kes pembuangan bayi di kalangan wanita remaja semakin meningkat, malah ia sangat meruncing sejak akhir-akhir ini.
Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan sekalipun dan ia mengakibatkan kematian bayi tersebut sebenarnya adalah pembunuhan.
Sesiapa sahaja yang membuang bayi itu atau terlibat dengan perbuatan tersebut adalah melakukan pembunuhan dan salah dari segi agama dan tindakan undang-undang akan diambil.
Kejadian yang semakin bercelaru dan menjajah pemikiran golongan generasi muda ini dibimbangi akan terbawa-bawa kepada peningkatan jenayah di peringkat yang lebih serius seiring dengan usia mereka.
Mengikut undang-undang, Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati ke atas pesalah jika disabitkan kesalahan membunuh. Selain itu, pasangan lelaki juga harus disabitkan kesalahan.
Dengan dunia serba moden, kemungkinan untuk mengenal pasti lelaki yang berzina dengan seorang wanita sehingga hamil kini boleh ditentukan melalui ujian DNA.
Ujian DNA adalah satu kaedah menentukan siapakah bapa biologi seseorang bayi melalui kajian terhadap contoh tisu dan darah individu yang terbabit.
Melihat kepada senario pada hari ini, jenayah yang merupakan implikasi dari keruntuhan jiwa dan akhlak akan menyebabkan terlahirnya masyarakat yang melanggar norma-norma agama dan masyarakat itu sendiri. Masalah jenayah pembuangan bayi harus ditangani segera sebelum ia merebak menjadi masalah sosial dalam masyarakat.
Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja.
Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan yang negatif.
Masyarakat harus sedar bahawa masalah sosial adalah masalah kita bersama dan memerlukan penyelesaian yang bersepadu dan terancang. Ia memerlukan strategi menanganinya melalui pelbagai pendekatan secara proaktif termasuk pendekatan keagamaan yang merupakan tunjang kerohanian bagi setiap individu
Apa yang pasti, pentingnya pegangan agama dan nilai kerohanian dalam kehidupan manusia tidak dapat disangkal lagi. Agama memainkan peranan penting untuk memandu ahli masyarakat agar bertingkah laku sesuai dengan nilai, norma dan pertimbangan rasional kebanyakan ahli masyarakat.
Menurut Prof. Dr. Sidek Baba, pendidikan iman dan akhlak pada prinsipnya berasaskan kepada dua faktor yang saling berhubung iaitu faktor qudwah atau teladan dan pengaruh persekitaran. Ini kerana antara naluri dan kecenderungan utama anak dalam proses pembelajaran ialah keinginan untuk meniru, mencontohi dan meneladani.
Inilah sebabnya maka setiap anak memerlukan contoh teladan, 'role-model', 'mentor' danqudwah supaya kebaikan dan kehebatan contoh berkaitan dapat diikuti dan dihayati dalam kehidupannya pula.
Dan ibu bapa adalah model awal dan utama dalam pembentukan iman dan akhlak anak. Bagi membolehkan ibu bapa mendidik dengan sempurna, mereka perlu berupaya serta menjadi qudwah yang terbaik.
Selain itu, ibu bapa harus bijak menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang dan mempraktikkan nilai nilai keagamaan dalam kehidupan seharian dalam membentuk keluarga harmoni.
Sekiranya mengabaikan dan tidak peduli pada perilaku dan akhlak remaja, maka dengan sendirinya akan lahirlah remaja bermasalah.
Sebagai contoh, Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa golongan yang menjadi fokus dan sasaran utama sejarah pembinaan akhlak dan budi pekerti adalah golongan remaja atau muda-mudi.
Kita harus sedar dan yakin bahawa cara tindakan menyelesaikan masalah mengikut pendekatan agama lebih berkesan dan berterusan memberikan ketenangan kepada golongan remaja berbanding dengan cara tindakan umum atau tidak menggunakan pendekatan agama. Pada masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat perlu juga bergerak seiring supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di sanubari anak-anak remaja.
Hakikatnya, segenap lapisan masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesai masalah gejala sosial ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan khususnya dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka.
Cabaran menangani gejala sosial terutama yang melibatkan pembuangan bayi semestinya diberi perhatian yang lebih besar dan memandang serius masalah ini. Justeru, sesuatu perlu dilakukan sebelum ia menjadi penyakit sosial yang sukar diubati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Protect Rape Victims, NOT Rapists!


Protect Rape Victims, NOT Rapists!


Have you ever wondered how and why the rich and powerful get away with crime? Google HERE provides 294,000 links to many sites that demonstrate much injustice seen all over the world. What is more alarming is IF and WHEN the powers that be seem to be the ones building an impregnable wall of protection around offenders, especially rapists!!
In criminal law, rape is a type of sexual assault usually involving sexual intercourse, by one person against another person without that person's consent. It is common knowledge that rape is one of the most under-reported violent crime (the highest dark figure) due to the high discrepancy between statistics for rapes committed and rapes reported.
Rape is frightening and traumatizing and rape victims need care, comfort, and support as they go through the process of recovery. Sometimes, they may never get over the ordeal! Rapists HAVE to pay for it regardless of their status in society and must never ever be allowed to do it again, no matter how much they can pretend to a parole board/counsellor.

Rape is about abuse of power and not sex per se. A rapist uses actual force or violence either physically or via threats to take control over another human being to make the victim succumb to his animal desires. The fact is clear - rape is a crime and it matters not if the rapist is stranger, a date, an acquaintance, a family member or in this case, an employer.

This week, Rocky BruSakmongkol and Another Brick in the Wall blogged about the alleged rape of an Indonesian maid by a Cabinet minister in 2007. The maid sent documents or some form of documentary evidence to the US embassy and other embassies. A non-governmental organization's press release on the rape can be accessed HERE.

Three years have passed and what is the outcome of investigations (if any)? Do check out Sakmongkol's poston this case. Has there been any rebuttal or denial? It has been three years and we know nothing as yet safe for what the aforementioned bloggers wrote in their respective sites.

Is there a disturbing trend?

A search on similar alleged cases revealed some interesting facts and figures. The FreeAnwar website HEREreported that Ustaz Taib Azzamuden Mohd Taib (now the Member of Parliament for Baling, Kedah and one-time Grand Imam of the National Mosque) revealed a "BIG SECRET" which was a list of names of Federal Ministers and Chief Ministers implicated in sexual misconduct. This disclosure was made in response to the challenge by Zam (Zainuddin Maidin), Muhammad Mohd Taib, Khalil Yaakob, and Muhyiddin Yassin to come clean and reveal what he knew.

Zainuddin Maidin is remembered for his Al-Jazeera interview about the Bersih rally held in Kuala Lumpur where at the 2:18 section of the video clip he makes his statement about "erection in Malaysia". You can watch the video clip AT THIS LINK. You can see what happened during the Bersih rally AT THIS LINK.

You HAVE to visit THIS SITE to be reminded of how it has been EIGHT YEARS and the allegations have not been refuted or denied. Were any investigations carried out in response to that disclosure? Who was taken to task? Who faced disciplinary action? Who lost their Cabinet positions or status?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

mahligaimu dari airmataku

mahligaimu dari mataku
by lestari


Izinkan diri ku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar ku paparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak ku sangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepi ku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diri ku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pinta ku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh Tuhan ku tabahkan hati ku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa daya ku

Ku cuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat pada mu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

doaku sentiasa mengiringimu selalu......

Airmata Di Hari Persandingan Mu

Artist: Lestari
Alangkah hancur dan berkecainya hatiku
Bila ku terdengar berita perkahwinanmu
Gementar hatiku diam tak terkata
Menahan sebaknya di dada

Kutahukah engkau sesungguhnya hati ini
Masih lagi menyayangi dan merinduiku
Dan belum pun sempat ku membalut luka
Kau menambahkan lagi kelukaan ini sampai hatimu

Setelah kian lama terpisah
Ku harap akan bertemu lagi
Puaslah aku menunggumu
Namun kau masih membisu

Rupanya engkau sudah pun ada pengganti diriku
Patutlah kau tak pedulikan ku
Oh berderai airmata ku mengiringi hari
Persandinganmu

Walaupun pahit kenyataan ini
Terpaksa aku hadapi
Kenangan lalu terimbas kembali
Terhiris hatiku

Kau masih ku sayang


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

biarlah aku mengundur diri..............

andainya perpisahan terjadi


Andainya perpisahan terjadi
Ingatlah sayang pesan ku yang terakhir
Kenanglah cinta kita
Walaupun engkau sudah ada pengantiku

Anggaplah ini semua suratan
Tiap bermula pastikan berakhir
Cinta tak pernah kekal sesama insan
Chorus:
Sepanjang percintaan kita
Ada saja halangannya
Jika dah terpaksa
Biarlah aku undur diri
Bukannya aku tak sayang
Dan bukannya benci
Tetapi kerana sikapmu itu
Dapat ku merasakan dinginnya cintamu terhadapku
Siapakah yang sedang menantimu
Sehingga ku terbiar tanpa perhatian
Andainya aku undur diri
Tentulah engkau faham sayang
Kepergianku ini demi untuk
Mencari ketenangan abadi
Repeat Chorus
Andainya perpisahan terjadi
Ingatlah sayang pesan ku yang terakhir
Kenanglah cinta kita
Walaupun engkau sudah ada pengantiku

Anggaplah ini semua suratan
Tiap bermula pastikan berakhir
Cinta tak pernah kekal sesama insan
Oh ingatlah sayangku
Sepanjang percintaan kita
Ada saja halangannya
Seandainya perpisahan ini telah ditakdirkan
Biarlah biarlah aku mengundur diri


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

tinggal kenangan.

Saleem - Tinggal Kenangan

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Chorus
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Ulang Chorus 2X

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

kenangan semalam mengamit kerinduanku padamu...

Kenangan Semalam

Artist: Olan
Oh kenangan
Kenangan mengusik jiwa
Ku terhempas...

Jauh di sudut mata
Jiwa kian terpisah
Makin sengsara...

Oh sesalan
Sesalan datang meragut
Hati pedih...

Tak mungkin dapat dilupa
Segala yang kita bina
Hancur akhirnya...

Sampai masa ku teringat
Segala pahit menikam rasa
Hening semalaman
Ku di pusara
Cinta airmata

Oh semalam ku terbenam
Di lubuk asmaraku
Yang jauh ku kembara
Jauh perjalanan
Jauh destinasiku
Namun tidak kesampaian
Ke arah tujuanku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

andai dapatku undurkan masa ingin ku ulang semula..............

Andai Dapatku Undurkan Masa - AXL'S

 

Tajuk Lagu: Andai Dapatku Undurkan Masa
Penyanyi/Artis: AXL’S
Dalam usik ku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga lilin menjadi bara
Gurauan ku jadi dilema prasangka
(*)
Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang entah ke mana
Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita agar dapat ku temui
Dirimu.. Umpama sebutir permata yang sinar
Andai dapat ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata-kata dan tingkahlaku ku
Yang salah agar kita dapat seiring
Di mercu asmara..
Tak ingin lagi dan tak mahu lagi
Berpisah bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tak ada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri
(ulang *)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

aku terseksa diri merana kerana dikau wahai bungaku..............................

Sejati

Bila Bunga Dipetik Orang 

Sunyi di hati ku
Bila bunga di petik orang di taman
Walaupun ku jaga dan ku siram
Ku jaga kembangnya

Sang kumbang merana
Tiada bunga
Bungaya tiada dua
Moga ia kembali ke asalnya
Yang masih menanti

Tiada ku lupa kemesraan, kejujuran itu
Tapi mengapakah kau berubah
Tak seperti dulu
Aku tersiksa diri merana
Kerana dikau wahai bungaku
Lupakan dia kekasih baru
Yang kau tak kenal isi hatinya
Aku mengharapkan kembalilah
Wahai kau bunga jangan pergi

Ku tetap menunggu merinduimu
Walaupun di balik awan
Jangan rosakkan hati ini
Yang suci abadi








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

andai kumiliki semalam............................

Search

Andai Kumiliki Semalam 

Andai kumiliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan kuubah apapun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya

Tangis ini tanda kasihku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna engkau mengasihiku
Tiada sendu lagi di duniaku ini

Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus kutanggung
Jika kau pilih perpisahan
Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar mencari cintamu

Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap kucinta
Kasih sayangku adalah kekuatan

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan yang lemah seperti kita
Sekalipun kumiliki esok
Takkan kumenolak ketentuan...





aku redha apa yang berlaku adalah ketentuan yang Maha ESA dan aku tak dapat menolaknya,ku berharap kau kan berbahagia bersama pilihanmu itu.
ya Allah kau kuatkanlah imanku ini supaya tabah selalu di dalam menempuh hari-hari mendatang tanpa kekasih di sisiku... Amin ya rabbal a'lamin...






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan lebih baik cinta itu tak pernah hadir..!!!

ya allah kenapa aku sakit sekali dengan ujian yang kau berikan kepadaku ini.. tak terdaya rasanya aku untuk menerima ujian ini ya allah...
apakah perjalanan hidupku ini harus begini..?? kenapa kau berikan aku ujian begini..?? kumohon padamu berikan pertunjuk dan nur padaku supaya aku bisa memandu arah dan menyuluh di dalam kegelapan hidupku ini..


aku benar-benar sedang diuji akan kesabaranku. tabahkanlah hatiku ini ya allah... kenapa aku tak pernah merasa bahagia..?? apakah aku memang dilahirkan untuk menjadi boneka cinta mereka ya allah..?? aku selalu disakiti dilukai dengan berbagai ragam dan cara manusia mempermainkan perasaanku ini. aku sudah letih dengan semua ini.. berikanlah aku kebahagiaan agar dapat aku merasanya walaupun sekejap cuma..


salahkah aku setia..??? salahkah aku jujur..??? salahkah aku ikhlas menyintai seseorang keranamu ya allah..??? di manakah teman hidupku yang telah engkau janjikan..??? jika aku bersalah engkau tunjukkanlah kebenarannya... aku dah semakin lemah di dalam mencari cinta ini ya allah..


kenapa orang permainkan cintaku..??? jika benar dia mencintaiku kenapa sanggup membuatku begini..??? mengapa rasa sayangnya cuma di bibir..?? sedangkan rasa sayangku menusuk ke hatiku.. tak pernah sekali pun aku menodai cinta yang engkau berikan padaku ya allah.. 
aku patuh agar tidak melanggar laranganmu..



apakah ini yang ku dapat bila aku setia pada yang satu..???  hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana perasaanku bila aku mencintai seseorang dengan sepenuh hatiku.. hanya Engkau sahaja Maha Melihat bagaimana aku menjaga adabku bila bersama orang yang ku  cintai... 
sehingga sekarang aku masih belum mendapatkan cinta yang sebenar-benarnya cinta oleh seseorang yang bernama wanita...


ya Allah kuatkanlah semangatku ini kerna sejak akhir-akhir ini semangatku sudah semakin nipis... peliharalah imanku agar aku tidak melakukan perkara-perkara keji dan mungkar... ampunilah aku jika ada kesalahanku..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS