RSS
Post Icon

Jenayah rasuah akan diperangi habis-habisan..!!

KUALA LUMPUR 12 April - Kerajaan cukup yakin bahawa jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini mampu diperangi habis-habisan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada pelbagai usaha yang sudah dan bakal dilaksanakan kerajaan bagi menangani jenayah tersebut di segenap peringkat dalam pelbagai sektor sama ada awam mahu pun swasta.
Katanya, antara langkah yang telah dilaksanakan adalah menubuhkan Unit Pematuhan; mewujudkan pangkalan data pesalah rasuah; mewujudkan Akta Perlindungan Saksi serta menyenarai usaha memerangi rasuah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).



"Segala inisiatif ini telah meletakkan Malaysia pada landasan yang betul dalam usaha kita untuk memerangi jenayah rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.
"Ini tentu sekali akan meningkatkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap kemampuan Malaysia untuk bebas daripada amalan rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penutup pertandingan pidato Piala Menteri Pelajaran antara Institut Pendidikan Guru (IPG) anjuran Institut Integriti Malaysia, di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud dan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.
Pada majlis itu, penuntut dari IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Faizal Sanek muncul johan dan sekali gus, membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, sijil serta piala.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengakui segala inisiatif yang dilaksanakan kerajaan tidak akan membawa kejayaan seperti diharapkan jika, tidak mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
Oleh itu jelas beliau, gerakan bagi memantapkan pembudayaan integriti perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan terinancang bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat kepimpinan atas dalam setiap sektor di negara ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan